Aku akan mulakan siri asas SQL untuk noob yang akan diupdate setiap hari bermula hari ni. Tetapi, hari ini aku hanya akan mulakan dengan cara pemasangan dan keperluan yang kau orang perlu tahu.

Keperluan asas:

Sila download dan pasang keperluan asas di atas. Jika kau orang perlukan bantuan untuk pemasangan XAMPP boleh rujuk video dibawah ini:

Download Sakila-Db dan import menggunakan phpMyAdmin atau Sequel Pro. Sila rujuk video dibawah jika perlu atau komen saja di post ini untuk mendapatkan bantuan:

Sila pastikan servis mySQL / mariaDB kau activated di XAMPP atau MAMP. Kemudian buka database Sakila-DB yang kau import tadi. Untuk menulis query SQL buka pada tab SQL.

Kau akan tulis semua query kau di sini.

Ok.  Dah siap bahagian yang tak best lansung ni. Untuk pengetahuan kau orang, segala contoh di dalam sini ini aku akan ‘run’ menggunakan Software Sequel Pro. Sekarang kita belajar struktur asas query SQL.

SELECT – Field yang kita nak tengok
FROM – Table yang kita nak tengok.
Where – Syarat jika ada.
; – wajib untuk tanda berakhirnya query.

Kalau kita tengok table film kita akan nampak banyak field dan row dari table ni.

Jadi kita dapatkan field title dan rental_rate sahaja dengan syarat rental_rate = .99 sen, begini query-nya.

Perhatikan aku sengaja letak LIMIT 5 sebab hanya nak paparkan 5 row sahaja( kalau tak, akan keluar 341 row ) supaya mudah aku nak printscreen. Itu sahaja struktur asas query SQL yang wajib kau ingat.

P/S: Kalau kau tak letak syarat WHERE tu, resultnya akan pulangkan semua row yang ada dalam table itu. Jumpa lagi untuk siri akan datang yang lebih menarik.